SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Mustafa Salim berkata, Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.
"Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Ahli Parlimen Tampin) turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.
"Ini kerana mereka sentiasa berada di lapangan, jadi tiada yang menandingi, lebih-lebih mereka berpengalaman banyak dalam politik," katanya kepada Bernama, hari ini.
Mustafa juga mengesahkan dirinya dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarop bersaing bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.
Beliau berkata, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin 'berentap' bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jempol iaitu sebelum ini disandang Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun.
Menurutnya, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pula ditandingi ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim dan Naib Ketua, Khairolnezam Shaari manakala UMNO Bahagian Port Dickson menyaksikan perebutan antara ketuanya, Datuk Mohd Faizal Ramli dan ADUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.
Mustafa berkata, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi pula berdepan dua pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd Helmy Din dan Hanizam Abd Razak bagi bahagian itu.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026. - Gambar fail Astro AWANI
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Tok Mat kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa bertanding
Tok Mat menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.
Menteri Pertahanan: Lonjakan baharu karier Tok Mat
Pelantikan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan lonjakan baharu bagi karier politiknya.
PRU15: Tok Mat bersuara, cadang PN, PH bergabung tubuh kerajaan
Hujah Mohamad, kedua-dua gabungan tersebut mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
PRU15: "Tak perlu sebar fitnah black ops" - Khairy buat laporan polis, SKMM
Khairy gesa tolak fitnah serta politik kotor dan terus memberi fokus kepada Sungai Buloh.
PRU15: Penerimaan orang ramai terhadap BN positif - Tok Mat
Memasuki hari kelima berkempen sempena PRU15, BN melihat orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadapnya, kata Mohamad Hasan.
PRU15: Tok Mat berdepan saingan lima penjuru
Empat pesaing Tok Mat ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM).
'Top 5' UMNO sudah capai kesepakatan - Tok Mat
Perbincangan antara Top 5 UMNO yang berlangsung pada sebelah petang tadi telah berlangsung dengan baik, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Tok Mat belum putus bertanding kerusi Parlimen mana
Mohamad Hasan memaklumkan belum membuat sebarang keputusan berhubung kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).